1tambah1tolak1darab1bahagi1
Gadis yang bernama Fatin Athirah Bt Mohd Asri ini dilahirkan pada 6 Mei 1996 di Subang Jaya Medical Centre pada jam 5.31 petang dengan berat 3.08 kg.
2tambah2tolak2darab2bahagi2
Faira , Eira , Athirah , Fatin . haa .. tu semuaa antare nama2 panggilan aku . tapi rasenye ada yang tertinggal . hah ! NINJA . aku agak tak suke dapat nama panggilan tu . alasannye sebab tak nampak ayu . *cewaah , macam laa aku ni ayu sangat . nickname Ninja tuu diberi oleh coach netball daerah petaling perdana . die kate die bagi nickname tuu sbb aku lompat macam ninja . tapi cuma netballers & coach2 Petaling Perdana jelaa yg panggil aku gune nickname tu . kalau dalam keluarga pulak family aku panggil aku KAKAK . makcik2 plus nenek aku pun panggil aku kakak walaupun aku bukan kakak diorang .
3tambah3tolak3darab3bahagi3
first day skola seumur idop , mase tadika, time umur 6 tahun . dekat mane ? TADIKA AL-HUSNI . masuk2 kelas jee , aku dah nangis . sebab taknak kene tinggal ngan mak . kat tadika tuu memang banyak kali lah aku nangis .. nak naik kelas atas pun nangis , taknak pegi rumah orang jaga pun nak nangis kat situ . nasib baik nenek aku rumah die dekat , die sanggup jalan kaki pergi tadika aku , bawak aku balik rumah die , bile petang mak aku dah balik kerja baru balik rumah aku . takyah laa aku pergi duduk rumah orang jaga . menyusahkan nenek aku jeee aku ni .
4tambah4tolak4darab4bahagi4
Sekolah Kebangsaan Alam Megah 3 . dari darjah satu , sampailaa darjah enam , kat sekolah tu laa aku belajar . macam-macam kenangan ade and , aku tak pernah lupe . kalau nak crita kat sini , sampai tahun depan pun takkan abis . kat skola tu , aku dapat macam-macam jenis kawan . yang gila , yang otak senget , yang batak tak abis , yang alim , yang pemalu , yang taktau mlu . sume ade . and orang yang curi hati aku pun aku jumpa kat situ jugak . weee :D . *sampai sekarang hati aku kat dia . naseb baik aku ade spare hati lain . xD and , Alhamdulillah , kat sekolah tu jugak , aku boleh berjaya . berjaya dapat straight A's utk UPSR , berjaya harumkan nama sekolah dengan teammates netball sekolah tu dan macam-macam lagi lah .
5tambah5tolak5darab5bahagi5
bak kata adik beradik aku , aku ni , SINGA BETINA . garang . marah mengalahkan singa lapar . kat rumah kalau ade yang cari psal ngan aku tu memang kena ah . kat sekolah pula , kalau taknak dengar kata especially time aku tengah duty , memang jangan harap laa aku boleh memaniskan muka aku yang tak berapa manis ni . kalau dah tak boleh sabar stu blok boleh dengar suara aku menyinga . hahahaa .. aku bukannya suka marah-marah ni . kalau selalu marah boleh kena darah tinggi . sebab tu aku jarang marah .. cume bile marah mmang gile2 punye laa . KOT. bak kate ainul dalam blog die pasal aku 'Dia ni kalau marah memang habissss. tp , susah untuk tengok dia marah'.
6tambah6tolak6darab6bahagi6
bak kate kawan aku , aku ni pelik sikit . o.O .. sebabnye . taknaklah aku kate en . :P
7tambah7tolak7darab7bahagi7
bila dah besar nanti , aku nak jadi .. nak jadi ... jadi ... ORTHOPAEDIST :D .
Sebabnye .. takdapat nak kata .. emm .. sebab .. sebab aku naklaa kan ? haih ..
8tambah8tolak8darab8bahagi8
aku ni .. pemendam sikit . KOT .. kotlaa .. tak pasti .. kalau kawan-kawan aku sakitkan hati aku ke ape secara tak sengaja , aku tak cepat terasa . kot . hehe . :D .
9tambah9tolak9darab9bahagi9
aku penah ada pengalaman gaduh ngan abang aku sampai CAWAN TERBANG . bukan cawan jee sebenarnye . mangkuk pun ade skali . ceritanya begini *start ayat skema , pada tanggal 28 Ogos 2008 , saya tidur di atas sofa di ruang tamu . sedang saya tidur , abang saya yang sakit kerana baru sahaja selesai menjalani pembedahan di kaki yang membuatkan dia tidak dapat berjalan tanpa bantuan mengejut saya kerana dia ingin makan memandangkan jam telah menunjukkan pukul 2.** petang . apabila saya tersedar dari tidur dan endengar permintaannya, saya berkata 'pegilaa amik sendiri' *padahal tau dia tak boleh jalan. kemudian , saya bangun , menuju ke dapur , lalu mengambil makanaan . tapi , bukan untuk abang ! untuk saya . apabila saya duduk semula di tempat saya tidur tadi , abang pun berkata 'woi, aku nak makan! dahlaa aku ada gastrik!cepatlaa!'. kemudian saya balas 'lepas orang abis makan orang amiklaa'. 'kau tu makan lambat! amik jelaa dulu! tadi bukannye nak amik skali!' kata abang sambil menitiskan air matanya tanpa rela. kemudian , saya dengan bengongnya berkata ' kau amiklaa sendiri!' . kemudian , mangkuk yanga da di sebelah abang saya terbang sehingga terkena kepala saya , *tak effect pape lagi , selepas itu , tongkatnya pula dilempar ke arah saya tapi sempat ditepis. *pheeeuuwwww.selamat. akan tetapi , setelah itu , SEKETUL cawan yang berhampiran telah DILONTAR oleh abang saya sehingga terkena tepi kening kiri saya . sememangnya sakit . oleh itu , saya berlari masuk bilik , kunci pintu , menangis , lalu mencermin wajah ayu saya ini *ayu laa sangat . memang tak ku sangka boleh luka . lantas , saya ambil telefon bimbit yang sedia ada di meja solek untuk mendail nombor mak saya . alangkah malang nasib saya kerana kredit sudaa abis maaa ! disebabkan sudah tidak ada cara untuk menghubungi mak saya melainkan tebalkan muka jumpa abang saya untuk meminjam handphonenya , saya menangis semahu-mahunya di atas katil sehingga tertidur . darah yang mengalir tanpa henti ku biar sehinggalah jam menunjukkan pukul 6.21 petang , ibuku sudah pulang. ibuku agak hairan kerana kepulngannya tidak disambut olehku seperti hari-hari biasa. setelah mendengar namaku dipanggil olehnya , terusku keluar dari kamar tidurku untuk berjumpa dengan ibu tercinta. alangkah terkejutnya dia setelah mendapati mukaku yang lawoooo ni luka , berdarah . lantas dia memelukku dan bertanya akan punca berlakunya kecederaan di muka ku ini . tanpa berselindung apa-apa. aku menceritakan segalanya. abang aku dimarahi kerana terlalu mengikutkan perasaan an tidak boleh mengawal emosi. aku dimarahi kerana tidak menjalankan tanggungjawabku di rumah. sebelum jarum jam menginjak ke angka tujuh , ibuku membawa diriku ke sebuah klinik di Seksyen 27 , Shah Alam. kata doktor , aku ada dua pilihan , sama ada jahit lukaku itu , atau hanya sapu ape kemende tah . but it's better if jahit. soo , aku rela lukaku dijahit. aku menangis sepanjang masa doktor menjahit lukaku. sememangnya sakit , pedih . lebih-lebih lagi luka itu berdekatan dengan mata. apabila aku dan ibu pulang , tiada sepatah kata ku ucap kepada abangku , walaupun kata maaf. keesokan harinya , aku mulai demam .. sama ada demam UPSR ataupun demam tragedi itu. demamku berlartan sehingga tamatnya UPSR. lebih kurang dua minggu mungkin. :DDD
10tambah10tolak10darab10bahagi10
I'm a good actor :D . tak caya ? aku pun mule2 tak pasti. tetapi setelah mendapat jawapan 'YEs!' dari Ainul setelah aku bertanya. aku pun mengakulah tanpa segan silu yang aku ni 'A GOOD ACTOR'. buktinya ? lain kali jelaa aku kasi.
11tambah11tolak11darab11bahagi11
I'm Not Single. since 26 October 2008. buktinya , nampak kat sebelah tu kan ? si The Mok tu. haa , dia tu pencuri tau ! ape yang dia curi ? dia curi hati aku tau ! bukan nak pulang . jahat betul. tapi memang aku taknak dia pulangkan. hahaha. :D
12tambah12tolak12darab12bahagi12
aku ni jenis yang suka buat homework last minit. tapi dah berazam nak ubah perangai memandangkan next year PMR. ;)
13tambah13tolak13darab13bahagi13
aku penah kecewa sebab tak dapat masuk SBP or MRSM. taktahulah ape sebabnya tak dapat. nak kata result UPSR teruk , straight A's kot. nak kata tak aktif kokurikulum , aktif gilee kot. mungkin bukan rezeki aku. takpe , next year PMR buat betul2 yee athirah ? ;)
14tambah14tolak14darab14bahagi14
dulu masa kecik aku penah terfikir nak lari rumah. sebabnya , mak aku cakap dia tak sayang aku. padahal dia gurau jee. punyalah penat aku nangis sebab mak aku cakap macam tu. haih ....
15tambah15tolak15darab15bahagi15
aku suka baca novel. hari tu baru jee rembat 5 novel cikgu aku. tapi jarang laa aku beli novel sebab tak reti pilih. aku slalu pinjam jee orang punye. kadang2 tuu sanggup pegi PPAS semata-mata nak cari novel best walaupun jarang jumpa. novel first yang aku bace seumur idop aku , TINGGALLAH PUJAAN. tak ingat siapa penulisnya. best novel tu. feeling gilee aku bace sampai boleh menitis air mata aku. :D . skrg ni aku tengah baca novel BICARA HATI buat kali yang ke 4. haaaa , novel ni memang best gilee kot. tk caya , boleh try baca. ;D
16tambah16tolak16darab16bahagi16
aku penah jatuh basikal sampai masuk longkang masa darjah satu. bukan sebab tak reti bawak. tapi sebab pegi race basikal dengan jiran2. :D . habis dua-dua tapak tangan aku luka sampai nak makan , tulis pun susah .
17tambah17tolak17darab17bahagi17
masa kecik aku penah berangan nak jadi ERRA FAZIRA. tapi tuu mase kecik. dah besar tak dah. :D
18tambah18tolak18darab18bahagi18
haaaaa . kali ni aku nak mengaku aku gila sebab aku berckp dengan bnda GEMUK yang tak idop ni. terpulanglaa pada korang nak caya ke tak. tapi aku takde laa gila sampai kena masuk TR.
19tambah19tolak19darab19bahagi19
aku suka buat pakwe aku jeles . sampai dia marah . tapi bila dia marah aku pulak yang sedih . hahaha . siot jeee . kesian die. xD
20tambah20tolak20darab20bahagi20
kat dalam kelas aku ni suka buat bising. especially bila bosan. tapi bukanlaa buat bising yang mnjerit2 macam orang gila tu. paling teruk aku just buat-buat nangis. kadang-kadang time cikgu kasi latihan , aku menyanyi laa lagu pape yang aku nak. sebab tuu la si Syafiqah(penghuni meja hadapan aku) kata aku ni radio setia :D . hahahaha. lantaklaa suara aku sedap ke tak. asalkan enjoy.. :D . tapi orang kata suara aku memang sedap pun. :D. bangga nih. hahahhaha
21tambah21tolak21darab21bahagi21
buat masa sekarang ni , aku agak fobia nak pakai henset mahal2. sebabnya , henset kesayangan aku penah kene curi. kat sekolah. soo sekarang aku pakai yang lime singgit punye je.
22tambah22tolak22darab22bahagi22
aku paling benci dengan ular. sebabnya , taktau laaa. setakat ni memang ini laa binatang yang paling aku takot kot.
23tambah23tolak23darab23bahagi23
aku teringin sangat menjerit kuat-kuat kat puncak bukit. nak lepaskan segala tension yang pernah menyemak dalam hidup aku. :D
24tambah24tolak24darab24bahagi24
sampai sekarang , kalau orang tanya bapak aku kerja apa , aku tak eti nak jawab. sebab nye , bapak aku ni boleh dikira ada 2 pkerjaan laa kot. yang aku tau , bapak aku ni askar WATANIAH , bukan laa askar 24 jam. and dia kerja kat UMW. tu je , sebagai ape aku taktau. even dah banyak kali dia bgtau dia kerja sebagai ape pun aku still tak dapat nak tangkap.
25tambah25tolak25darab25bahagi25
bak kata cikgu BM aku , aku ada bakat jadi pengerusi majlis. taktau laa dia kata tu ikhlas ke tak. tapi aku tetap bangga . hahahahaha :D
5 orang yang di tag
ahaha.. seronok dengar cite cawan terbang tu.. hahaha.. harap2 x lekat parut la.. :)
ReplyDeletehhaha .. parut tu ade lagi .. cume tak nmpk sgt .. tkde tnde2 nak hilang kot.
ReplyDelete